18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

29 April, 2012

Perjumpaan wakil JPN dan Guru Tahun 6

Sekolah telah dikunjungi oleh wakil JPN  untuk datang berbincang berkenaan prestasi murid tahun 6.

25 April, 2012

Mesyuarat Post Mortem UBB April 2012

Terdapat banyak perkara yang dibangkitkan berkaitan prestasi pelajar yang agak merosot berbanding bulan Februari terutama dari segi peratus kelulusan. Namun pelajar yang mendapat 5A meningkat kepada 10 pelajar berbanding 4 pada bulan Februari.

18 April, 2012

Pelaksanaan Program ICTL dalam subjek Bahasa Inggeris


Pelaksanaan program ICTL untuk murid tahun 3,4 dan 5 akan bermula pada Mei 2012. Subjek akan diajar dalam masa Bahasa Inggeris selama 60 minit seminggu selama 12 minggu berturut-turut. Pihak KPM telah membekalkan modul untuk digunakan oleh guru yang terlibat.

17 April, 2012

Subjek Sejarah di SK..

 

Sejarah subjek teras sekolah rendah 2014

MELAKA 24 Okt. - Selepas mengumumkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kerajaan hari ini mengambil pendekatan menjadikannya sebagai subjek teras di sekolah rendah bermula 2014.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, penambahan baru juga akan dibuat pada mata pelajaran tersebut antaranya menekankan aspek kewarganegaraan, patriotisme dan unsur Perlembagaan.
Ketika ini, katanya, unsur mata pelajaran Sejarah banyak 'menumpang' pada subjek Kajian Tempatan yang diajar kepada murid Tahap Dua di sekolah rendah.
''Kita akan laksanakan subjek Sejarah ini bermula pada Tahap Satu dengan berkonsepkan education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.
''Kita mahu jadikannya sebagai mata pelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini.
Menurut Mohd. Puad, pihaknya perlu melatih semula guru mata pelajaran Sejarah sedia ada sebelum mata pelajaran tersebut boleh diajar kepada murid sekolah rendah.
Katanya, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk mengisi keperluan pembentukan negara Malaysia yang maju dan meningkatkan patriotisme rakyat agar generasi muda mengetahui asal-usul serta kepentingan menghormati Perlembagaan negara.
Mohd. Puad turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya keputusan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus akan membebankan pelajar.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, subjek Sejarah akan diubah suai dengan dimasukkan elemen baru bagi menjadikannya lebih menarik dan efektif.
''Perlembagaan Persekutuan serta kemerdekaan tanah air merupakan antara topik yang diberi keutamaan dalam subjek berkenaan bagi menyuntik semangat cintakan negara di kalangan generasi muda,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

04 April, 2012

Pertandingan Melukis Poster Sempena Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2012

Pertandingan diadakan di Dewan Cempaka pada 4.4.2012 selepas rehat tahap 2. Pelajar melukis dan mewarnakan gambar bertemakan 'Hidup Ceria Tanpa Dadah'.

01 April, 2012

Tahniah...

Nik Mohd Azim Nik Azam daripada kelas 6 Jaya telah mengharumkan nama sekolah kerana telah menjuarai kejohanan sepak takraw MSSK bawah 12 tahun. Beliau telah mewakili PPD Kuala Krai pada kejohanan yang berlangsung di PPD Tumpat.

Pelancaran Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah 2012

Teks ucapan KPPM telah dibacakan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Norddin b Adam sekaligus merasmikan kempen ini.