18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

26 Mei, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Sambutan telah diadakan pada 22 Mei 2014 dengan sederhana tetapi meriah. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan sambutan kali ini.

17 Mei, 2014

Kem Unit Beruniform 2014

Kem ini telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Mei 2014. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran dalam unit beruniform seperti kawad kaki, kraf khemah, bantu mula, memasak dan gubahan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dan juga murid -murid yang hadir mengikuti program ini.



Selamat Hari Guru 2014 - Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik dimana jua anda berada..
Tema sambutan tahun ini boleh diakses dengan klik disini

11 Mei, 2014

Semoga ibu kami senantiasa dibawah rahmat dan naungan Ilahi

Ibu, mama, umi, ma, mok, mami....we all always love you...

Johan sekali lagi....

 
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar sekolah lelaki dan perempuan kerana telah berjaya menjadi juara MSS Kuala Krai Zon 2 pada tahun ini.Terima  kasih kepada barisan kejurulatihan yang bertungkus lumus untuk kejayaan kali ini. Double....

04 Mei, 2014

1994-2014...20 Tahun Membina Minda Anak Kuala Krai


Tahun ini, SKSYP2 telah mencapai usia 20 tahun. Banyak pengalaman suka duka yang telah dilalui oleh warga sekolah ini sepanjang tempoh masa ini. Didoakan sekolah akan terus mara dengan mencipta lebih banyak kejayaan  di masa depan. Keep it up...

Kami juara bola jaring MSSZ2 2014

Tahniah diucapkan kepada team netball sekolah. Teruskan berlatih untuk peringkat daerah nanti.