18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

28 Mei, 2016

22 Mei, 2016

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

Admin memohon maaf di atas kelewatan memuat naik jadual peperiksaan pertengahan tahun 2016 yang bermula esok disebabkan kekangan masa. Walau bagaimanapun jadual dalam bentuk salinan fotostat sudah diedarkan kepada semua guru kelas dan murid sejak hari Khamis lagi. Diharapkan semua murid membuat ulangkaji dengan bersungguh-sungguh serta menjawab soalan peperiksaan dengan sepenuh hati dan sehabis baik. Admin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN SELAMAT MAJU JAYA!!!



sila klik pautan di  bawah untuk memuat turun jadual peperiksaan dalam bentuk PDF


17 Mei, 2016

Majlis Perpisahan Mantan PKP SKSYP[2] & Majlis Menghantar GB baru SK Sungai Mengkuang

Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada En. Mazlan b. Che Wahab mantan PKP SKSYP(2) di atas kenaikan pangkat menjawat jawatan sebagai Guru Besar SK. Sungai Mengkuang. Kami seluruh warga Petra2 menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan sekiranya ada silap dan salah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. Kami di sini akan sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda dan jemputlah singgah di sini sekiranya terluang walaupun sekejap kerana kami semua akan merindui pemergian anda. Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala jasa dan bakti anda yang sungguh tidak ternilai harganya. Semoga hubungan yang dibina antara kita akan terus berkekalan dan bersama-sama kita mendaki puncak kejayaan. Ingatan Tulus Ikhlas daripada kami seluruh Warga Petra2Krai...