18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

24 Julai, 2016

Program Meletop UPSR 2016

Satu majlis penyerahan mentor mantee Program Meletop telah dilancarkan pagi ini bagi meningkatkan lagi prestasi murid dalam peperiksaan dan sebagai pecutan akhir sebelum menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Berslogankan 'Hungga Abis Reng", pihak sekolah telah menjalin kerjasama bersama pihak SMK Sultan Yahya Petra 2 bagi menggunakan khidmat murid-murid SMKSYP2 untuk membimbing dan membantu murid-murid tahun 6 membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan tiba kelak. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Pengetua SMKSYP2, En. Ibrahim b. Isha kerana sudi menghulurkan bantuan di saat-saat akhir ini tatkala hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum tarikh peperiksaan sebenar. Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada wakil PPD Kuala Krai, En. Azahar b Ismail kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis ini. Semoga segala usaha murni ini akan membuahkan hasil dan kita bersama-sama mencapai kejayaan gemilang di masa akan datang. Insyaa Allah...


Barisan pentadbir sekolah bersama Tuan Pengetua SMKSYP2 dan pegawai PPD 


Wakil murid SMKSYP2 yang dipilih untuk turut serta dalam program ini

Yang Dipertua PIBG, Hj. Nik Abdul Aziz b. Daud turut hadir memeriahkan majlis dan sebagai wakil daripada pihak Ibu Bapa


Ucapan alu-aluan oleh PKP, En. Che Abdul Hamid b. Che Sof


Ucapan oleh Tuan Pengetua SMKSYP2, En. Ibrahim b. Isha




Barisan guru yang turut sama dalam majlis


Ucapan perasmian oleh wakil PPD, En. Azahar b Ismail



Sesi penyerahan mentor-mantee SKSYP2 - SMKSYP2





 

16 Julai, 2016

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 1 (Latihan Kecemerlangan 4)

Ibubapa dan murid tahun 6 boleh muat turun jadual peperiksaan Percubaan UPSR 1 di sini. Salinan dalam bentuk cetakan juga telah diedarkan seawal hari Rabu minggu lepas. Sebarang masalah boleh hubungi pihak sekolah.

Tarikh Peperiksaan : 18 - 21 Julai 2016
Hari: (Isnin - Khamis)



Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 1 (Latihan Kecemerlangan 4 2016)
(sila klik pautan ini untuk download jadual versi PDF)
*Jadual kali ini adalah berdasarkan pada jadual sebenar peperiksaan UPSR yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.