18000 Kuala Krai, Kelantan | Tel/Fax: 09-9665195

20 September, 2017

PERKHEMAHAN JATI DIRI UNIT UNIFORM 2017


Perkhemahan Jati Diri Unit Kokurikulum SK SYP2 bagi tahun 2017 sedang berlangsung di PLKN, Batu Jong, Kuala Krai pada 19, 20 dan 21 September 2017. Seramai 147 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 mengambil bahagian. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti Bantu Mula/ Pertolongan Cemas, merempuh halangan, kawad kaki, gajet, pertandingan memasak dan gubahan. Guru Besar, Encik Zuraidi b Shafii juga turut serta dan memberikan sokongan kepada peserta-peserta dan juga guru-guru yang bertugas. Tema Perkhemahan pada kali ini ialah Menjana Jati Diri Berwawasan.

Guru Besar, Zuraidi b Shafii bersama peserta-peserta
Jadual Perjalanan semasa aktiviti perkhemahan

Solat berjemaah dan tazkirah oleh Ustaz Ridhuan










06 September, 2017

MAJLIS SOLAT HAJAT & RESTU ILMU CALON UPSR 2017

Tarikh : 6 September 2017 ( Rabu)
Tempat : Dewan Cempaka, SK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tghri